Skip to main content

Cutest = Cuba Test. Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Kami!

 

Wabak COVID-19 telah memberikan kesan dan perubahan yang besar terhadap cara manusia berkomunikasi dan melakukan transaksi. Jika sebelum ini para pelanggan mempunyai pilihan sama ada untuk membuat pembelian langsung di kedai, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan orang ramai terpaksa membuat pembelian atas talian bagi sesetengah barangan yang tidak boleh didapati akibat penutupan kompleks membeli-belah.

Menyahut saranan kerajaan bagi mengurangkan pergerakan, kami di platform Cutest menyediakan perkhidmatan unik buat para pelanggan yang ingin membeli-belah secara atas talian tetapi tetap merasai pengalaman seperti berada di kompleks membeli-belah. 

Ingin tahu apakah itu Cutest dan bagaimana ia boleh membantu anda? Teruskan membaca!

 

 

Cutest Buat Pelanggan

 

Adakah anda ada membuat sebarang pembelian pakaian secara atas talian kebelakangan ini? 

Bagaimanakah pengalaman beli-belah anda?

Adakah terdapat kerosakan atau masalah pada pakaian tersebut?

Baju terlalu sempit atau longgar?

Warna tidak sama seperti dalam gambar?

Kain nampak cantik dalam gambar tapi bila sampai kualitinya bak ‘indah rupa dari khabar’?

Rasa menyesal dan rasa macam nak pusing balik waktu?

Apa yang anda inginkan adalah pengalaman membeli-belah seperti di kompleks membeli belah dan pakaian yang berkualiti seperti yang terpapar dalam gambar di laman web jualan.

Diilhamkan daripada perkataan Bahasa Malaysia iaitu ‘Cuba’ dan perkataan Bahasa Inggeris iaitu ‘Test’, munculnya Cutest yang membawa maksud “Cuba Dulu”. 

Cutest merupakan plaform destinasi beli-belah anda yang bukan hanya menawarkan jenama kegemaran anda bahkan membolehkan anda mencuba pakaian tersebut sebelum membuat pembelian; SEGALANYA DARI RUMAH ANDA!

 

Bagaimana Cutest Berfungsi Untuk Pelanggan?

 

LANGKAH #1: Pilih daripada ratusan jenama terkemuka yang terdapat di platform kami.

LANGKAH #2: Pilih 5 hingga 10 helai pakaian yang anda ingin cuba.

LANGKAH #3: Wakil penghantaran (rider) kami akan tiba ke kediaman anda bersama dengan pakaian yang anda telah pilih.

LANGKAH #4: Cuba pakaian tersebut dan ajukan sebarang soalan berkaitan pakaian tersebut kepada wakil penghantaran kami jika ada supaya anda dapat membuat keputusan yang tepat sebelum membuat sebarang pembelian.

LANGKAH #5: Jika anda TIDAK berminat dengan mana-mana pilihan, pulangkan semula pakaian tersebut kepada wakil penghantaran yang sedia menanti anda. Tiada sebarang soalan akan diajukan kepada anda! Anda berhak untuk memilih.

LANGKAH #6: Jika anda berminat dengan mana-mana pilihan pakaian, anda boleh membuat pembayaran terus secara tunai ataupun menggunakan kad.

Sungguh mudah, betul tak?

Dengan Cutest, anda boleh membeli-belah jenama kegemaran anda tanpa perlu mengambil sebarang risiko.

TIDAK PERLU PENING KEPALA!

TIDAK PERLU RISAU PAKAIAN TAK MUAT!

KEPUASAN DIJAMIN!

Mulakan pengalaman beli-belah anda di Cutest.my SEKARANG!

Pengalaman pelanggan adalah keutamaan kami.

 

 

Cutest Buat Perniagaan

 

Bagaimana Cutest boleh menjadikan kedai anda beroperasi secara atas talian (online) dalam hanya tempoh 24 JAM?

Penghantaran percuma dan sentiasa menawarkan harga terendah setiap hari. Inilah perniagaan secara atas talian alaf baru.

Kedai biasa semakin kurang mendapat tempat di hati pelanggan di mana ia diambil-alih oleh syarikat gergasi Internet seperti Zalora, Lazada, Shopee, eBay dan sebagainya.

Peluang terakhir untuk memanfaatkan pengalaman dan perkhidmatan pelanggan yang unik.

Begitulah caranya kami dapat membantu perniagaan anda. Kami adalah CUTEST! 

Diilhamkan daripada perkataan Bahasa Malaysia iaitu ‘Cuba’ dan perkataan Bahasa Inggeris iaitu ‘Test’, munculnya Cutest yang membawa maksud “Cuba Dulu”. 

Fokus kami adalah untuk menyediakan pengalaman pelanggan terbaik bagi pihak perniagaan dan jenama anda dengan membawakan pengalaman beli-belah secara tradisional kepada atas talian.

 

Bagaimana Cutest Berfungsi Untuk Perniagaan?

 

LANGKAH #1: Pelanggan kini boleh memesan produk anda secara atas talian.

LANGKAH #2: Setelah anda menyediakan pesanan pelanggan, wakil penghantaran kami akan mengambil pesanan tersebut.

LANGKAH #3: Sama seperti pengalaman beli-belah di kedai anda, pelanggan akan dapat mencuba pakaian yang dipilih tetapi berlangsung di kediaman mereka.

LANGKAH #4: Wakil penghantaran kami bukan sahaja membawakan pakaian kepada pelanggan tetapi juga bertindak sebagai wakil jualan anda dengan mempromosikan produk lain yang terdapat di kedai anda kepada pelanggan tersebut untuk meningkatkan jualan anda.

LANGKAH #5: Pembayaran akan dihantar kepada anda berserta baki pakaian yang tidak dibeli oleh pelanggan.

LANGKAH #6: Jika pelanggan tidak menyukai sebarang pakaian dalam pesanan tersebut, mereka boleh membuat pesanan semula dan wakil penghantaran akan kembali ke kediaman mereka dengan pesanan baru tersebut.

 

Hasilnya?

 

Pelanggan yang gembira dan jualan anda akan meningkat berkali ganda dalam tempoh yang singkat. Sungguh menakjubkan, betul tak?

Apakah kelebihan lain dengan menyertai cutest?

  1. Menguruskan pesanan, pembayaran dan penghantaran produk anda serta menyerlahkan trend fesyen anda di peringkat antarabangsa.

 

  1. Mengemaskini anda berkaitan fesyen terkini menerusi majalah fesyen kami.

 

  1. Membantu menyelesaikan sebarang pertikaian dan menguruskan rangkaian pelanggan anda.

 

  1. Menjana lebih banyak penjualan dengan memperluaskan jangkauan anda dan meletakkan perniagaan anda sebagai tumpuan global.

 

  1. Mendapatkan ganjaran dengan mencapai tahap tertentu dalam peningkatan perkongsian.

 

  1. Mengembangkan perniagaan anda untuk menjadi jenama terkemuka.

Eko-sistem web & aplikasi mudah alih kami untuk menghidupkan perniagaan anda ke dunia digital.

Kami akan membantu untuk mencapai impian anda dengan membolehkan perniagaan anda berkembang pada skala lebih pantas dan mencapai batasan baru.

Inovasi: Membantu anda menyiarkan tawaran terkini ke serata dunia melalui inovasi kami.

Penjenamaan: Menjadikan perniagaan anda sebagai jenama yang unik dengan menjangkaui bakal pelanggan yang lebih luas.

Pertumbuhan: Membantu anda untuk mengembangkan perniagaan, meningkatkan penjualan dan membina rangkaian pelanggan yang lebih besar.

Bantuan & Sokongan: Pasukan sokongan pelanggan kami sentiasa bersedia untuk membantu rakan niaga kami.

Masih belum yakin?

Kami menawarkan tawaran SEKALI SEUMUR HIDUP iaitu TEMPOH PERCUBAAN PERCUMA SELAMA SETAHUN!

Tingkatkan jualan dan keyakinan pelanggan anda dalam masa yang singkat!

Macam mustahil? Berikan kami peluang untuk membuktikan kepada anda.

Tunggu apa lagi?

Serlahkan keunikan perniagaan anda berbanding para pesaing dengan mendaftar di Cutest.my!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *