Skip to main content

Adakah Anda Seorang Rider?

 

Dah bawak laju, potong lampu isyarat, willy, corner baring, ala-superman, tapi pendapatan masih belum mencukupi?

Bila nak kahwin, nak senangkan hidup mak ayah yang sudah tua, nak beli rumah dan kereta besar, nak ada simpanan hari tua dan lain-lain? 

Makin hari uban di kepala makin bertambah, masa tidak menanti kita.

Inilah persoalan yang bermain di fikiran seorang rider apabila memikirkan masa hadapan. Sebagaimana anda sedia maklum, pekerjaan rider rata-ratanya terdiri daripada golongan muda di mana mereka mempunyai kudrat dan tubuh badan yang sihat. Tetapi pekerjaan sebegini bukan untuk selama-lamanya kerana ia banyak bergantung kepada kesihatan seseorang rider.

Jika anda termasuk dalam golongan yang mula memikirkan masa hadapan, mungkin sudah tiba masanya anda untuk mencuba sesuatu yang baru. 

Sambil jadi rider, sambil buat pendapatan tambahan. Dan yang paling penting ialah anda mempelajari ilmu jualan di mana ilmu ini sangat penting untuk masa depan anda! 

Ingin mengetahui mengapa? Teruskan membaca!

 

Anda Akan Menjadi Pendengar Yang Sangat Baik Dan Berkesan

 

Penjual perlu memiliki kemahiran mendengar dan mencari jalan untuk memaksimumkan peluang, berhubung dengan orang ramai dan mengetahui cara untuk mempengaruhi seseorang. Tidak dinafikan bahawa sesiapa sahaja berupaya menjadi pendengar yang baik, tetapi mendengar sebagai seorang penjual memerlukan keupayaan untuk menganalisa maklumat yang diterima. Dengan dilatih cara untuk menganalisa pelanggan, anda akan mengetahui apakah produk yang diinginkan oleh para pelanggan anda. Dan, sejujurnya – ia adalah suatu kemahiran yang baik yang perlu ada dalam diri seseorang, tidak kira apa jua pekerjaan yang anda lakukan dan kemungkinan suatu hari nanti apabila anda mempunyai produk sendiri, kemahiran ini akan memberikan kesan yang besar terhadap perniagaan anda.

Sebagai contoh, sebagai rider Cutest untuk pelanggan yang ingin membeli dress Raya. Pelanggan tersebut mungkin mengeluh kerana tidak mempunyai tudung yang sepadan dengan dress Raya tersebut. Maka, anda boleh mengesyorkan pelanggan tersebut supaya membeli tudung yang berjenama yang terdapat di platform Cutest. 

 

 

Anda Akan Menjadi Lebih Bijaksana Dalam Mempelbagaikan Teknik Jualan

 

Bahagian penting dalam teknik jualan adalah mencari jalan untuk menyampaikan mesej dan berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat yakni bermaksud, penjual yang baik selalu berurusan dengan pelbagai jenis orang. Seorang penjual yang berjaya adalah mereka yang memiliki keupayaan pemahaman tentang pelbagai jenis keperibadian manusia yang berbeza dan dengan menggunakan maklumat tersebut, melakukan pendekatan yang berbeza untuk berinteraksi dengan golongan tersebut. Oleh itu, mengetahui cara untuk membaca orang dan memahami keperluan dan gaya hidup mereka pasti akan membantu anda untuk berkomunikasi secara berkesan dengan golongan sasaran.

Sebagai contoh, sebagai rider Cutest untuk pelanggan dalam kategori golongan atasan (berada) yang ingin membeli baju raya. Biasanya golongan ini tidak suka kepada penjual yang mendesak agar mereka membeli sesuatu produk. Sebaliknya, golongan sasaran ini lebih gemarkan pujian dan kata-kata galakan bahawa pembelian tersebut adalah menguntungkan mereka dan dapat menjaga imej mereka. Malah, anda mungkin mendapat lebih banyak manfaat di masa hadapan daripada tugasan ini kerana sekiranya anda berjaya mewujudkan hubungan dengan golongan sasar ini, pelanggan tersebut mungkin tidak keberatan untuk memperkenalkan anda dengan rakan-rakan lain yang juga dari golongan atasan.

 

 

Anda Menjadi Lebih Kreatif Dalam Memanfaatkan Peluang Dalam Kesempitan

 

Untuk mempraktikkan ilmu jualan tidak memerlukan kos dan jika anda masih membaca tulisan ini, kemungkinan besar anda tidak mempunyai sebarang bajet untuk melakukan pemasaran berbayar. Memanfaatkan sebarang peluang anda ada di depan mata adalah perbezaan di antara orang berjaya dan sebaliknya. Cutest akan berkongsi teknik-teknik pemasaran langsung dan juga tidak langsung dengan rider serta cara untuk memberikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik sehingga meninggalkan kesan yang positif terhadap para pelanggan.

Contohnya, sebagai seorang rider Cutest, anda bukan sekadar menjual produk tetapi juga menjual keperibadian anda. Rata-rata manusia lebih yakin membuat pembelian atas saranan daripada orang yang mereka percayai. Sekiranya anda berjaya mewujudkan hubungan yang baik dengan para pelanggan, mereka berkemungkinan besar akan mengesyorkan platform e-Bazar Cutest kepada saudara-mara, rakan-rakan serta kenalan mereka dan seterusnya menjadikan anda sebagai rider kegemaran mereka. Ini tentunya akan melipat kali gandakan pendapatan anda!

 

Kesimpulannya, menyertai Cutest sebagai rider bukan semata-mata memberikan manfaat dari segi kewangan tetapi juga anda akan mempelajari ilmu jualan yang akan berguna untuk sepanjang hayat anda kerana dengan ilmu tersebut akan membina keyakinan diri anda. Mana tahu, suatu hari nanti anda mungkin ingin menceburi bidang perniagaan apabila memiliki produk sendiri mahupun menjual produk orang lain. Rata-rata golongan yang menjana pendapatan yang tinggi adalah mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang jualan di mana ia membolehkan mereka menceburi pelbagai jenis perniagaan. 

Adakah anda ingin menjadi salah seorang daripada mereka? Sertai Cutest sebagai rider sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *